Sebelum Sekolah Ugama Tentera Laut Muara ini di
tubuhkan, pendidikan sekolah ugama anak-anak Askar hanya belajar di Sekolah
Ugama Pg Muda Abd Azim Serasa Muara. Alhamdulillah, memandangkan kehendak para
ibubapa mahu menempatkan anak-anak kakitangan Angkatan Tentera Laut Muara di
dalam satu sekolah dan juga di atas kesedaran tentang keperluan pelajaran
ugama,maka tertubuhlah Sekolah Ugama Tentera Laut Muara pada 10hb Januari 1991 dengan menggunakan bangunan gunasama
Sekolah Rendah Angkatan Tentera Laut Muara, Pekan Muara. Guru Besar yang mula-mula mentadbir sekolah pada masa itu
ialah Cikgu Haji Mohammad Bin Haji Puteh.
Keramaian Guru-Guru Sekolah Ugama Tentera Laut
Muara, pada ketika itu ialah seramai 5 orang termasuk Guru Besar. Murid-Murid
yang belajar ketika itu dari Darjah Pra hingga III sahaja, dan hanya 5 buah
bilik darjah sahaja yang di gunakan pada ketika itu.
Pada masa itu, Sekolah Ugama ini adalah dibawah Jabatan
Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Tetapi mulai 1hb Januari 2002,
sekolah-sekolah ugama telah berpindah di bawah pentadbiran Jabatan Pengajian
Islam, Kementerian Pendidikan dan
bermula pada 1hb Januari 2005 Jabatan Pengajian Islam berpindah balik semula
ke Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Guru-Guru Besar yang pernah berkhidmat di Sekolah
Ugama Tentera Laut Muara antaranya ialah Guru Besar Pertama ialah Cikgu Hj Mohammad
Bin Haji Puteh dari tahun 1991
hingga 1994, dan selepas itu di tadbir pula oleh Cikgu Hj Abdullah
Bin Hj Abd Rahman dari tahun 1994
hingga 2000, kemudian di tadbir pula oleh Pemangku Guru Besar Cikgu Junaidi
Bin Hj Setia yang
mentadbir pada tahun Febuari 2000 hingga Ogos 2001,
manakala pada bulan ogos 2001 hingga bulan mei
2002, sekolah ini telah di
tadbir pula oleh Pemangku Guru Besar
iaitu Cikgu Hj Abd Kahar Bin
Abu Bakar dan selepas itu di ambil alih semula tugas sebagai
Guru Besar oleh Cikgu Junaidi Bin Hj
Setia yang mana di pertanggungjawabkan bertugas mulai 18hb Mei 2002 hingga 25 Mei 2010. Kemudian sekolah ini ditadbir pula oleh Cikgu Haji Hasbi Bin Awang
Hamiddun bermula 25 Mei 2010 hingga
15 Januari 2012 dan selepas itu di tadbir pula oleh Cikgu Rosyatiney Bte Haji Damit bermula 16
januari 2012 hingga sekarang.
Post a Comment